Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Britain, Theresa May diramal memenangi 308 kerusi Parlimen dalam pilihan raya Khamis depan, kurang 18 daripada majoriti 326 kerusi.
Ramalan itu dibuat syarikat tinjauan awam YouGov, agensi sama yang meramalkan Parti Konservatif memenangi 313 kerusi, berkurangan 13 kerusi daripada majoriti.
Parti Konservatif pimpinan May memperoleh 330 kerusi ketika Perdana Menteri wanita kedua Britain itu mengumumkan tarikh pilihan raya April lalu.
Saingan mereka iaitu Parti Buruh dijangka memenangi 261 kerusi, melebihi 4 kerusi berbanding ramalan dibuat agensi sama, semalam. - Reuters
3 Jun 2017 - 15:47
News ID: 833947
Perdana Menteri Britain, Theresa May diramal memenangi 308 kerusi Parlimen dalam pilihan raya Khamis depan, kurang 18 daripada majoriti 326 kerusi.